Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Sunday 17 November 2013

Kuliah Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki (16/11/2013)

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




syaroh Hadis 35 [ hadis 40 imam nawawi ]

أبي هریرة t قال: قال رسول الله e (( لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا یبع
بعضكم على بيع بعض، وآونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا یظلمه ولا یخذله،
ولا یكذبه، ولا یحقره، التقوى ههنا، ویشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر
أن یحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه )) رواه مسلم

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini – sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

[KULIAH TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN]

Pengajaran hadis : 

> Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.

> islam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai sifat-sifat buruk seumpama ini.Misalan jika majikan mengambil pembantu dirumah maka hendaknya jangalah dilayan dengan layanan buruk atau cercanya, tidak mustahil pembantu rumah itu menjadi tempat bergantung majikan minta pertologan di hari kiamat nanti.

> lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.Adapun misalan, jika seorang itu menjual sesuatu dgn harga dah ditetapkan , lalu dia membatalkan jual beli itu sebab dpt tawaran harga yang lebih tinggi maka kedua2 ini haram.

> Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.Tsabit dengan hadis nabi "Mencela seorang muslim adalah kefasikan sedangkan membunuhnya adalah kekufuran.” (Muttafaq ‘alaih)

maka timbul persoalan dlm diri al-fakir, adakah kita sudah laksanakan tanggungjawab terhadap saudara kita ? jika belum ayuh kita tunaikan Prinsip Islam yakni Kewajiban Seorang Muslim terhadap Muslim Lainnya.

Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu, nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah.


credit by : saudara Mohd Azhar Abdullah

No comments:

Post a Comment

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~