Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Tuesday 12 February 2013

~ Rahsia keunggulan HABBATUS SAUDA ~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Habbatus sauda' merupakan perkataan yang berasal daripada arab, manakala istilah inggerisnya pula adalah black cumin atau fennel flower. Istilah Melayu pula mudah dikenali sebagai Jintan Hitam kerana ia wujud di dalam bentuk biji yang berwarna hitam. Digunakan secara meluas ribuan tahun dahulu oleh masyarakat India, Pakistan, Timur Tengah bagi penyembuhan pelbagai jenis penyakit. Umat islam khususnya telah lama mengamalkan perubatan menggunakan tumbuhan ini, terbukti seperti yang diperjelaskan oleh beberapa hadis Rasulullah saw dan salah satunya adalah;

Sabda Rasulullah saw yang dinukilkan dalam kitab Ash Shahihain bermaksud,

"Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As-Sam (maut)." -[riwayat Muslim 10:118-119]

Beberapa hadis lain turut menjelaskan Habbatus Sauda' sebagai ubat segala penyakit kecuali maut seperti Muslim (7:25) dan Ibnu Majah (2:342).

Kesinambungan dari hadis tersebut maka beberapa negara Timur Tengah aktif  menjalankan pelbagai kajian bioteknologi dalam pembuktian keunggulan herba hanya terselip dalam jurnal ilmiah atau artikel yang ditulis di dalam bahasa Arab. Hal ini mungkin menjadi salah satu faktor mengapa pelbagai kebaikan Habbatus Sauda' tidak tersebar secara meluas. Walau bagaimanapun Habbatus Sauda' mula popular di Malaysia sejak sepuluh tahun kebelakangan ini seiring dengan perkembangan dunia bioteknologi. Kelebihan Habbatus Sauda' ini yang diakui sendiri oleh Rasulullah saw dalam perubatan mula difahami oleh ramai rakyat Malaysia.

Sejarah penyelidikan Habbatus Sauda' bermula 2000-3000 tahun sebelum Masihi(S.M.). Di zaman kegemilangan Islam penggunaan Habbatus Sauda' mendapat tempat secara meluas, seperti yang direkodkan di dalam sebuah buku oleh saintis terkemuka iaitu Ibnu Sina (980-1037 M) yang bertajuk Canon of Medicine. Buku ini secara keseluruhan menyatakan habbatus sauda' dapat merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan anda.

Manakala menurut kitab Al Tibb An-Nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda' dipercayai dapat mengubati 50 jenis penyakit tanpa memberi sebarang kesan sampingan kepada tubuh. Dapat dirumuskan di sini kandungan bahan kimia tersebut hanya berkesan pada sel-sel yang bermasalah sahaja tetapi pada sel normal. Tentunya ia berita baik kepada semua golongan masyarakat yang kadangkala berasa was-was terhadap kesihatan diri terutamanya wanita.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Carolina Selatan mendapati ekstrak Habbatus Sauda' Nigella membantu merangsang sumsum tulang dan sel-sel lain di dalam immune system. Kajian Dr Ahmad Elkadi nyata menjawab kebenaran hampir kesemua kajian kerana beliau mendapati Habbatus Sauda' sebenarnya mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). 

~Yakinlah perubatan di dalam al-Quran dan hadis tentu lebih sesuai dan memberi manfaat kepada kita sebagai hamba ciptaan yang mengharapkan Mardhatillah~



~Cintai Allah, Sayangi Rasulullah, Kasihi Ummah~

No comments:

Post a Comment

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~