Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Thursday 29 November 2012

Jangan HINA dia!!

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


"siapa kita untuk menggelarkan dia insan GILA??"

~peristiwa tdi mmg sangat membuatkan hati ini tersentuh~

-seorang lelaki yang mungkin seorang bapa, datang ke arah adikku, lalu memegang bahunya .namun segera ayahku menepis tangannya..hatiku tiba-tiba sayu melihatnya walaupun ku tahu diri harus berjaga-jaga... 'kesian orang tu, mesti teringatkan anak dia.' - luah ummi.


'mungkinkah anak dia yang meninggalkan dia?'

'mungkinkah anak dia telah mati??'
'atau mungkin dia ditinggalkan oleh anaknya sendiri?'

ketika ayahku menghulurkan wang kepada lelaki tersebut, lelaki itu malah menolak tanda tidak mahu pemberian dari ayahku. Lantas dia terus menghulurkan tangan tanda ingin salam kepada ayahku. Aku tergamam. Ternyata bukan duit yang dia inginkan, tetapi hanya ingin 'salam'.. Aku melihat gaya dan kelakuannya yg seakan boleh dilabelkan sebagai seorang "pesakit mental". Namun apa kan daya, diriku tidak berhak untuk menghinanya sebegitu rupa. Dia juga makhluk Allah.. 

Siapa kita untuk menggelarkan dia sebagai seorang insan GILA? siapa kita untuk mencaci dan memaki hamun dia?? Kita ada lesen ke?


Lagipun, dia adalah hamba Allah yang sangat beruntung.. kerana apa? Kerana, orang itu adalah orang yang sangat bertuah mendapat gelaran AHLI SYURGA. Hebat bukan? Segala dosa pahala dia, semuanya sudah tidak dikira lagi. Hidupnya hanya bertemankan pelangi hidup di alam fantasi, cuma perlu menunggu untuk belayar di tapak firdausi. 



Oleh itu, hormatilah ia, sayangilah ia... Meskipun dirinya sudah berada di "dunia" lain, akan tetapi rohnya dijasad masih lagi memegang jawatan sebagai seorang khalifah dibumi.

Kita ni, fizikal dan mental sihat-sihat belaka, tapi kita gunakan fizikal untuk memukul mereka, kita gunakan mental untuk menyeksa mental fikiran mereka. Kalau kita rasa apa yang mereka rasai, baru kita tahu betapa peritnya diperlakukan sebegitu.

Akhir kalam, ciptaan Allah semuanya indah, hanya mulut saja bercanda bermain kata dusta ,dosa pula yang datang menimpa. Kata-kata dari mulut merupakan satu doa. Seandainya orang yg kita hina itu terlepas mendoakan keburukan untuk diri kita, tidak mustahil doanya pasti akan termakbul jua..Ingatlah, tanpa Allah, hidup akan serba gelap tanpa cahaya, meskipun cahaya yang kau lihat adalah cahaya dunia, namun cahaya dalam hati amat samar2 untuk diterokai.apatah lagi cahaya di Akhirat.~ wallahua'lam.



~Cahaya Serikandi  aka  BAYU~

Saturday 24 November 2012

Warkah untuk AYAH BONDA

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Ummi, tidak pernah terniat dihatiku untuk melukai hatimu.... Cuma diriku malu untuk berada dihadapanmu.. kerana diriku seakan penuh dosa untuk menatap matamu yang semakin sayu. 

Setiap malam, aku menangis.... Aku menangis kerana merindui dirimu.. Aku menangis kerana menginginkan pelukanmu. Aku menangis kerana takut kehilanganmu.. Aku takut seandainya dirimu tiada disisiku... Kerna itu aku tidak menangis dihadapanmu.. Tidak ingin membuatmu resah melihat diriku... Aku tahu kau ingin diriku sentiasa berada bersamamu... Akan tetapi, saatku menatap wajahmu, hatiku seakan mahu menangis.. kerana aku sangat takut kehilanganmu...

Setiap kali selepas solat, aku selalu berdoa untukmu.. Aku selalu berharap agar kita sama2 boleh tinggal di rumah Allah(Syurga).. 

Ku tahu, marahmu kerna kau mencintai diriku. Malah, aku tidak pernah sesekali untuk membenci dirimu. Kerna aku tahu, dirimu terlalu istimewa untuk diriku.... 

Ummi, aku terlalu merindui pelukanmu..
aku terlalu merindui suaramu...
aku terlalu merindui bebelanmu....

Ummi, anakandamu ini benar-benar merindui dirimu.........

Cintaku padamu tidak akan pernah berpaling kerna rahimmu menjadi bukti pengorbananmu untukku...

--------------------------------------------------------------------------------




Abah..
aku.... aku sebenarnya sangat merindui suaramu memanggil namaku..aku sangat merindui kasihmu untukku...

Dilubuk hatiku, tidak pernah terniat untukku mendiamkan diri.. Namun, ketahuilah, setiap kali dalam sujudku, aku sentiasa berdoa untukmu dan juga ummi..

Aku selalu menitiskan airmata tanda kerinduanku padamu... Aku juga tahu air matamu sentiasa mengalir tanpa pengetahuanku... Kerna hatiku sering bermonolog bersama hatimu...

Semasa ku kecil, aku sentiasa merengek untuk mendapatkan itu dan ini.. Sedangkan dirimu tidak pernah mengeluh melihat telatahku..

Kini, saat raut wajahmu bertukar senja, aku menjadi seperti kehilangan tempat untuk ketawa.. Aku takut kehilanganmu..

----------------------------------------------------------------------------


Sebelum warkahku berakhir, izinkan anakandamu untuk melakar puisi untukmu ummi dan abah..

Ummi,
jika air matamu sering mengalir kerana diriku...
maafkan daku...
anakmu ini sering melakukan dosa tanpa henti..

Abah,
jika kau menitiskan air matamu kerana kedegilanku...
maafkan diriku...
anakmu ini sering leka dalam mencari erti cinta..

Ummi abah,
tiada hadiah yang dapat ku buat untukmu,
selain doa dan cinta dariku..
hanya itu yang ku ada untuk dirimu..

Ummi,
kenakalanku bukanlah bererti ku ingin menderhakaimu,
bahkan aku cuma ingin diminta perhatian darimu...
aku ingin selalu dekat disisimu...

Abah,
ku tidak pernah lupa kasih dan sayangmu terhadap diriku...
susah payahmu kau mengorbankan diriku...
ku tahu, segala penat lelah kau bekerja sepanjang waktu,
kau tidak pernah abaikan tanggungjawab sebagai seorang AYAH..
untuk membimbing anakmu jalan ke syurga..

Ummi,
rahimmu menjadi bukti betapa besarnya
pengorbananmu untuk diriku
sewaktu untuk melahirkan seorang bayi didunia ini..
kesakitanmu menjadi hilang saat kau melihat seorang insan yang suci dari dosa..

Abah,
tangan kasarmu menjadi bukti betapa besarnya
pergorbananmu untuk diriku
sewaktu kau menghempas pulas bekerja semata-mata untuk diriku
dan juga keluarga...
keluhanmu menjadi hilang saat kau melihat telatah seorang anak yang tercinta....

Ummi abah...
ikhlas dari hati anakandamu ini,
bersama air mata yang mengalir tak henti-henti,
hanya ini yang ku dapat untuk meluahkan perasaan cintaku padamu...

Maafkan diriku saatku pernah melukai hatimu...
sayangku takkan pernah berubah..
cintaku takkan pernah hilang....
ketahuilah,
anakandamu ini,
sangat merindui cinta dan kasih darimu...

ikhlas,

Cahaya Serikandi  aka  BAYU :'(

Wednesday 21 November 2012

~Jejaklah Syahid Wahai Mujahidallah~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Wahai para mujahidallah,
Jika air matamu mengalir
melihat orang tercinta rebah disisimu,
yakinlah!
bahawa Allah telah memberi firdausi untuknya..

sampai saja pada giliranmu..
maka, akan tersenyumlah kamu..
kerna dirimu kelak akan bertemu dengan Allah tuhan yang satu..

Allah menggantikan tangisanmu itu dengan ganjaran yang tidak pernah kau sangka...
Allah menggantikan deritamu dengan kebahagiaan di syurga..~

For you para syahid Allah <3 ~


Cahaya Serikandi  aka  BAYU

Tuesday 20 November 2012

~ Buat bakal suamiku ~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Assalamualaikum wahai bakal suamiku... apa khabarmu disana? Apakah Allah sentiasa ada didalam hatimu? :) Jika Allah sentiasa berada disisimu, itulah yang membuatkan diriku sentiasa ingin dekat pada dirimu.

Wahai bakal suamiku,
Cinta yang bakal kita bina itu sebenarnya lahir rasa cinta Allah untuk kita,
jika batas dan syariat kita bijak menjaganya..

Wahai bakal suamiku,
biarpun pelbagai dugaan sering melanda kita,
biarpun ada kritikan yang tidak pernah lekang dalam hidup kita...
in syaa Allah, Allah akan menggantikan semua itu dengan kebahagiaan,
seandainya kesabaran kita sentiasa bertemankan seteguh KEIMANAN.

Wahai bakal suamiku,
cinta yang lahir dari kedua ibubapaku,
telah wujud lama dalam diriku,
meskipun belum terbukti cintaku padamu,
akan tetapi..
setelah lafaz akad sudah kau ungkapkan buat diriku,
akan ku setia bersamamu sampai akhir waktuku..

Wahai bakal suamiku,
aku hanya seorang wanita yang lemah,
yang bisa mengeluarkan air mata tanpa kau sedar,
namun diriku pasti kuat dengan bimbingan seorang suami..

Wahai bakal suamiku,
kita tidak boleh janji setia seandainya cinta kita tak berkekal lama,
cinta kita hanya akan berkekalan bersama cinta yang sering kita harapkan..
Itulah CINTA ALLAH~

-kepada yang bakal berkahwin ataupun yang sudah berkahwin, binalah sebuah cinta yang mampu kita meraih cinta ILAHI~

~Cahaya Serikandi  aka  BAYU~


<3

Monday 19 November 2012

JAMBATAN CINTA~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Puas ku mencari di merata tempat, namun tidak juga ku ketemui.. Ke mana arah entah ku pergi tidak juga ku jumpa destinasi yang menjadi sebuah trivilogi hidupku... 

"Assalamualaikum.. adakah itu kamu Balqis?"

"Waalaikumussalam...ye..ye.. siapakah yang memanggilku?"

"Akulah KALAM RINDU yang pernah menegurmu sebelum ini..Masihkah kau ingat akan diriku?"

"KALAM RINDU? Bayang-bayang aku? Semestinya aku ingat kepadamu wahai bayang yang ku rindu."

"Mengapa kau bersedih? Apa yang telah membuatkan kamu runsing?"

"KALAM RINDU, aku ingin mencari sebuah jambatan yang bisa membawaku ke arah CINTA. Tapi diriku jauh untuk menemui itu.. Aku sedih.. Bila ku boleh mengecapi kebahagiaan??"

"Wahai insan yang digelar bidadari, jambatan itu sebenarnya tidak jauh darimu.. Cuma kau harus harungi segala yang kau perlu tangani.. Jangan mudah untuk kau berhenti mencari.. CINTA itu akan hadir jua jika jambatan itu belum tersedia untukmu. Bersabarlah.."

"Perjuangan dalam mencari CINTA tidak perlukan sebarang benda.. cuma IMAN dan TAQWA menjadi asas dalam mencapai yang ADA. Jambatan itulah yang ku maksudkan padamu."~

"Terima kasih KALAM RINDU ku.. Oh ya, Dunia fantasimu dimana?"

(-senyap sunyi-)

"KALAM RINDU? KALAM RINDU??"

Ia menghilang dan terus menghilang.. Namun ku pasti, akan ku temui JAMBATAN yang dicari.. TERIMA KASIH KALAM RINDU.~ :)

Cahaya Serikandi  aka  BAYU



Friday 16 November 2012

Syurga pasti milikmu !!

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



"Bom! debommmm!!!! bomm boommm!!!"

Bunyi desingan setiap peluru yang membingitkan telinga, telah banyak memusnahkan segala yang menghuni di bumi SYRIA dan GAZA. Anak-anak dan ibu mereka bertempiaran lari pergi ke tempat persembunyian.. Hanya mereka dapat harapkan adalah pertolongan dari Allah swt. Mungkin selama ini mereka sering ditangisi dengan pemergian orang yang disayangi,dicintai dan dikasihi..Namun, hati mereka tetap teguh imannya demi menantikan janji yang bakal ditepati Allah swt.

IMAN SENTIASA TEGUH, HATI TAKKAN PERNAH ROBOH.. ITULAH HEBATNYA JIWA NURANI MEREKA..! ALLAHUAKBAR!

Wahai hamba-hamba Allah di bumi barakah.. Janganlah engkau menangis lagi.. Yakinlah, Allah telah membina istana untukmu di syurga-Nya..~ 

~amin~

Wednesday 14 November 2012

NIKMAT ALLAH.. SYUKURLAH !

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Alhamdulillah... syukur atas nikmatullah kepada kita kerana dikurniakan lagi untuk kita berbicara sehingga ke Tahun Baru. Ha, tahun baru? ye, tapi bukan tahun baru 2013.. Tahun baru yang dimaksudkan adalah bulan dalam bulan islam sudah bertukar tahun, iaitu 1 MUHARRAM 1434 HIJRIAH.

SANAH HELWA YA UMAT ISLAM!!! :) :) Suka duka yang kita alami dahulu, biarkan ia berlalu.. Kini amalan kita sudah bertukar buku.. Semoga amalan kita yang berlalu semuanya diberkati Allah swt..Insya allah.. Nikmat Allah, haruslah kita syukuri.. seperti nikmat yang kita jalani ini.. Bayangkanlah, seandainya tahun baru ini belum sempat untuk kita meraikannya... Oleh kerana itu, Allah masih lagi ingin memberi peluang kepada setiap hamba-hamba-Nya untuk berubah ke arah yang ter....baik di sisi-Nya. Begitu pemurah Allah terhadap kita. 

Dalam perjalanan setiap pengembara dunia, haruslah kita mempunyai matlamat dalam berhijrah. Yang pasti, hijrah yang kita cari itu adalah hijrah yang lahirnya niat kerana ALLAH. 

Firman Allah ta'ala yang bermaksud, "Dan barangsiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak.Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya,kemudian kematian menimpanya,(sebelum sampai ke tempat yang dituju),maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha pengampun, maha penyayang." 
-[surah An-Nisa' : 100]-

Subhanallah! Sungguh,Allah begitu sangat mencintai hamba-hamba-Nya... Lihatlah, baru saja kita niat akan sesuatu(yang baik), Allah sudah mencatatkan pahala untuk kita meskipun belum sempat untuk kita melakukannya.

Di samping itu, sebaik-baik orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan segala larangan-Nya. Seperti dalam hadis Rasulullah saw: 


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a.: Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud, "Seorang muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya.Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah swt." 
-[riwayat Bukhari]-

Dalam erti kata, hati mestilah ikhlas untuk berhijrah semata-mata kerana-Nya. 
Oleh itu, ayuhlah kita berhijrah dalam bulan HIJRAH di bulan RAHMAH pada jalan Allah.~

salam maal hijrah dari ana.... BAYU~ ^^

DAKWAH ITS SUNNAH =D






Tuesday 13 November 2012

EDISI KHAS : ~Remaja dan Islam~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Kaifa halukum ya jami'an?? ^__^ Atamanna fii sehhatin jaiidatin mahabbah fillah..amin!! Artikel pada kali ini adalah berkenaan dengan....... KITA! Ha? kenapa dengan kita?Hmm nk tau apa? Kerana kita ni kan remaja.. sebab tu untuk kali ini ana menuliskan artikel pasal kita-kita..Antunna dan antum semua tahu tidak, begitu susah untuk mencari seorang pewaris yang akan memimpin dunia pada masa akan datang.Kerana remaja kini begitu lemah dan cair dengan keindahan dunia yang penuh nista. Kalaupun diri penuh kemewahan, belum tentu jamin untuk berbahagia di hari pengakhiran.Biar diri penuh kemiskinan, asal diri x muflis dengan iman.

Remaja khususnya kepada remaja islam, perlu ada sifat seorang pemimpin dalam diri. Yang sebenarnya kita sebagai manusia juga sudah lama memegang satu jawatan yang sama. Jawatan itu adalah jawatan sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah swt. Jika kita bijak mentadbir dunia ini dengan kaedah DARUL ISLAMIYAH, insya allah, kehidupan kita akan lebih indah seperti mana yang diidam-idamkan oleh Rasulullah saw sendiri. 

Firman Allah ta'ala yang bermaksud, "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." 
-[surah Az-Zariyat : 56]

Selain itu, Allah juga ada berfirman yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." Mereka bertanya(tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?".Allah berfirman : "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya!"
-[surah Al-Baqarah : 30]-

Jadi, apa pula dengan fungsinya seorang remaja dalam mendaulatkan ISLAM? Secara konteks ISLAM, remaja amat penting untuk memartabatkan ISLAM. Ini kerana,remaja islam mampu mencorakkan legasi dakwah pada masa akan datang jika sifat kepimpinan ada pada diri..Kerana dengan adanya kriteria "pemimpin" dalam diri lah yg mampu memartabatkan dan menjulangkan ASMA' ISLAM!


Contoh pemuda pada zaman Rasulullah saw yang sangat tegas dalam memperjuangkan islam, iaitu Saidina Umar Al-Khottob.Beliau sanggup meninggalkan segala yang dia miliki semata-mata ingin menjadi hamba yang setia disisi-Allah swt. Selain itu, sahabat Rasulullah saw, Abdul Rahman bin A'uf, seorang pemuda yang hartawan . Dia juga sanggup mengeluarkan semua hartanya demi perasaan cintanya pada agama yang indah ini. 

Kepada remaja-remaja diluar sana termasuk juga ana sendiri sebagai seorang remaja, haruslah kita saling menjaga intergriti kita sebagai seorang remaja yang bertauliah dalam merapatkan dakwah-dakwah islamiyah yang tercinta kepada insaniyah yang tercinta. Maafkan diri ini jika ada kesalahan mahupun kesilapan sepanjang ana menulis..Tak kiralah siapapun dia dan kita, yang penting akidah islam harus kita perjuangkan demi mempertahankan tangga kita untuk menuju ke TANGGA CINTA ILAHI ~

-JOM KITA SAMA-SAMA HAPUSKAN ORANG-ORANG YANG INGIN MELENYAPKAN DIINUL ISLAM INI. 

~LOVE ALLAH , LOVE RASULULLAH AND LOVE ISLAM.~ ^^

CAHAYA SERIKANDI  aka  BAYU




 

Sunday 11 November 2012

Perlu ke paksa orang??

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




Di dunia ini memang tidak lari dari pendebatan antara insan dengan insan yang lain. Segelintir orang, mahu saja pendapatnya diterima habis-habisan. Jangan terlalu memaksa orang lain untuk menerima segala opinion(pendapat) kita. Meskipun apa yang dihuraikan itu adalah memang fakta yang benar, namun barangkali ada juga sesetengah pihak yang tidak berpuas hati. Hmm, memang lumrah manusia yang hanya inginkan kemenangan saja..Tetapi, jika kita asyik menyuruh orang lain mengikuti kita, bagaimanapula jika diri kita melakukan kesalahan yang sungguh berat?? Apa mungkin juga mereka akan turuti kesalahan yang kita perlakukan?? Na'uzubillahi min zalik..!

Tak semestinya apa yang kita buat,apa yang kita kata, orang lain kene ikut.. Just think about pendapat-pendapat orang lain juga.. If setakat pendapat kita saja yang betul, bila lagi akan timbul rancangan seperti forum dakwah? Debat? dan sebagainya? I'm never said that I always be true in every moment... Tapi ana harap kita dapat berkongsi our opinion bersama-sama. :) Jika ada yang tidak berpuas hati, suarakanlah pendapat itu dengan sebaiknya. Bukan secara menerjah seseorang itu dengan kata-kata makian mahupun cacian. Sedangkan Rasulullah saw pun pandai mendengar pendapat orang lain dan tidak menyuruh pun orang lain mengikutinya. Cuma baginda saw hanya mengharapkan kita dapat membukakan hati kita untuk menerima ajaran risalah yang dia sebarkan di serata duniawi... 

Perlu ke paksa orang untuk mengikuti jejak kita?? Tak perlu kan..... Jadi, be open minded untuk menerima pendapat orang lain. Mana tahu pendapat yang dikemukakan itu adalah lebih bernas dari idea kita?? :) Jika kita fikir kita je yang betul, sampai bila kita nak hidup dengan bumi yang tanpa kedengaran suara-suara insan lain? 

Allah jadikan manusia di bumi ini untuk kita saling bermuafakat disamping kita diperintahkan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah di bumi yang Dia ciptakan ini. 

Kadang-kadang, bila ada orang post status kat fb mengenai dakwah, mulalah seorang demi seorang insan yang berkata, "Bajet alim konon, simpan je dakwah kolot kau tu!"

Ape, kolot?? Masya Allah....

Mana kamu tahu dia tu kolot dalam berdakwah? Mana kamu tahu dia tu seorang yang bajet alim? Dia post2 benda baik kt laman muka buku tu untuk menyebarkan dakwah yang pernah disampaikan oleh Rasulullah. Jika kamu tidak tahu tentang kisah2 terdahulu, mesti mulut ternganga pun kamu tidak perasan. But inipun bergantung pada niat sendiri.. Hmm, bagi ana, hidup sebagai seorang pendakwah, memang tidak lari dari hamburan kata-kata yang memeritkan.Segala kritikan semuanya sudah menjadi teman sehidup semati. 

Ha? Sudah masuk entri lain pula.. :) mengenai persoalan , 'PERLU KE PAKSA ORANG??' , dahlah.. biar je kita dakwah kerana Allah..kalau orang tu nak ikut kita sebab nak ilmu berkat dari Allah, terimalah dengan hati yang tawadduk.. Jangan sampai terketuk sudah.. ^^ Kita sebagai manusia memang tidak kalah untuk mencari kemenangan diri sendiri... 

Oleh itu, akhir risalah mawaddah dari ana, "Walau kita terlalu ramai difollow twitter, walau kita terlalu banyak di LIKE di laman muka buku, walau kita terlalu famous depan orang lain..KETAHUILAH, ADAKAH KITA AKAN FOLLOW SEGALA AMALAN KITA? ADAKAH KITA AKAN DI LIKE OLEH ALLAH DENGAN AMALAN KITA? ADAKAH KITA BAKAL FAMOUS DI hari AKHIRAH? 

~kita sudah menjadi penumpang di dunia, namun bakal menjadi penghuni di kubur..~



Dakwah its Sunnah =D


Cahaya Serikandi  aka  BAYU

Dengarlah rintihan umatmu Ya Rasulullah !!

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Ya Rasulullah,
penyeri dunia memberi cahaya,
lihatlah umatmu sekarang ini,
kini semakin berleluasa sosial disana-sini,
tidakkah mereka tahu, 
bahawa diakhirat kelak,
engkau yang akan memberi syafaat kpd mereka,
bukan maksiat yang menjadi peneman di jiwa..


Ya Rasulullah,

kami semua lemah tanpa engkau disisi kami,
namun, pengisian dakwahmu tersebar di merata duniawi,
memberi inspirasi kepada kami,
untuk memperjuangan dinulllah (agama Allah) yang dicintai..


Wahai sinar yang memberi sinaran,

jiwa kami gelap tanpa nur iman,
jiwa kami resah tanpa sempadan,
jiwa kami gelisah tanpa cabaran,
kerana hati kami teringin dekat bersama seorang insan pilihan,
itulah engkau wahai Rasulullah saw... :')


Tiada kata yang dapat kami ukirkan buatmu ya Rasulullah,

selain berselawat cinta kepada mu sepanjang masa..


SOLLU A'LANNABI..

NUHIBBUKA YA RASULULLAH !! :)

Warkah Cinta Pengikat Sanubari 2

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


cover photo semata... :)
"Ahlan-ahlan fii biladun mesir!" Kata Khairul Ridhwan kepada wanita tersebut.

"Syukran wa jazakallahukhairan. Asif, ana minta diri dulu untuk pulang ke baiti Raudhah fii Irbid,Jordan. Ouh  , nasiitu! Syukran kerana telah menolong ana. Hanya Allah yang boleh membalas jasa kebaikan anta.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,"lembut saja wanita itu bertuturkan kata-kata.

"Afwan ya muslimah.Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh," Khairul Ridhwan membalas salam dari Durriyah Humairah.


Lalu wanita itu hilang didalam bayangan lseorang elaki yang bernama Khairul Ridhwan.


'Ya Allah, aku benar-benar tidak mengerti mengapa hati ini berdegup kencang, menghempas bayang? Apa mungkin ini kerana ketika diriku sedang berjumpa dengan seorang muslimah?' Detik hati seorang pemuda siswa Al-Azhar.

"Astaghfirullah!" Hatinya beristighfar. Menyebut kalimah itu berkali-kali.

Saturday 10 November 2012

Teruskan Berlari Mengejar Pelangi !


Sesekali diri di uji,

Beringat lah bahawasanya kita di perhati,

Dia pemberi ujian kepada hamba-Nya,

Bukan untuk mendera,

Tapi memberi bahagia..

Bukan untuk didunia,

Tapi singgahsana di syurga...


"Bersabarlah dan solatlah kamu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar."

Ingat janji Allah!

Jangan menempah diri pada menyerah kalah..

Teruskan berlari..

Teruskan melangkah mengejar CAHAYA!



Dakwah its Sunnah <3 ~

Cahaya Serikandi  aka  BAYU





Friday 9 November 2012

Terimalah Cintaku Wahai Tuhan~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Alhamdulillah, hati makin lapang, 



diri makin tenang..



Ku sebut nama-Mu,



jiwaku makin rindu...



terpahat rasa pilu menanti cinta dari-Nya..


itulah yg ku harus kejari..

Allah, terimalah cintaku untuk-Mu... ♥ ~



dakwah its Sunnah <3 ~

Cahaya Serikandi aka BAYU :)

Thursday 8 November 2012

Anda kah itu?

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Jom sama2 kita bermuhasabah diri.. Dah lama kita kosongkan hati kita dengan tidak menelaah diri sendiri.. Asyik nak menuding jari je.. Ya Allah... terlalu banyak dosaku selama ini.. terlalu lama diri ini alpa dengan segala kesyukuran yang perlu diungkapi..

Ya Allah, tuhan yang selalu menerima taubat setiap hamba-Nya.. Aku pernah terdetik timbul rasa "riak" dalam diri kerana sering dikenali... Astaghfirullah...! Ya Allah.. bantulah hamba-Mu ini dalam memerangi nafsu dan bisikan leka.. Aku hanya mahu ilmu yang ku kongsikan bersama, diamalkan bersama-sama...  :'(

Sahabat-sahabat, pernah x kita terfikir, apa yang kita cuba sampaikan(dakwah) kpd setiap insan adalah sesuatu perkara yang benar,ikhlas dan niat kerana Allah?? ATAU pernah x kita terdetik di hati,hanya untuk menunjukkan betapa BAGUSNYE DIRI KITA???

Hayatilah setiap bait yang tertulis ini.. Kita insan yang sama, cuma niat dihati masing-masing saja yang berbeza.. Daripada kita tulis ilmu, tapi hati rasa nak dibangga-bangga, baik x usah.. Ganjaran pahala pun x dikurnia.. sebab hati x ikhlas..

'Setiap perkara harus bergantung pada niat masing-masing. Jika baik, maka baik lah urusan tersebut. Jika tidak baik, maka ada lah sesuatu makna yang tersirat dan tersurat.'


Diari bukanlah satu2nya untuk berkomunikasi dengan hati.. Malah, ada banyak cara untuk merawat hati yang terluka.. 

Jika hati terluka : 

-dengar ceramah2 mengenai agama
-mengadu pada Allah
-berzikrullah
-bertaubat
-bersedekah
-bermuhasabah
-bersikap positif
-solat malam (qiam)
-banyak lagi.........bla..bla..bla

akan tetapi! Jika hati kita mati :

-terus taubat nasuha berkali-kali
-baca Al-quran tanpa henti (jgn terlalu over sampai x makan,minum,tidur,kerja)
-puasa (utk tingkatkan iman)
-berusaha untuk berubah
-selalu berdoa
-hindari diri dari perkara lagha
-mengaku diri selalu banyak sgt dosa
-ingat semua nikmat akan ditarik, termasuk juga ajal
-selalu ingat mati
-dekatkan diri pada Allah
-berkomunikasi dengan Allah
-solat malam (qiam)
-menangis (utk melembutkan hati) :: Bukan menangis sbb kene tinggal dgn kekasih!
-dan banyak lagi......bla..bla...bla..

'Menangislah kita kerana takut diri sering alpa pada diri-Nya,bukan kerana ditinggalkan orang yang x de kene mengena dalam hidup.'

'Menangislah kita kerana takut taubat diterima atau tidak oleh-Nya, bukan kerana merisaukan kekasih tidak memaafkan kita atas alasan yg x munasabah langsung.'


'Menangislah kita kerana takut x sempat nak bertaubat, bukan menangis kerana takut x sempat nak kumpul harta!'

'Menangislah kita kerana kerinduan kita pada Allah, bukan menangis kerana kerinduan kita pada insan yang belum menjadi halal untuk kita.'


Semoga hati sentiasa dilengkapi dengan ayat-ayat CINTA dari Allah dan risalah Wardah dari Rasulullah..

Muhasabah mengingatkan kita pada diri yang begitu kerdil untuk mengingkari perintah-Nya..Muhasabah menjadikan diri kita lebih utuh untuk menguatkan iman..Muhasabah mampu merealisasikan jiwa seseorang yang ingin bertaubat. ~ wASSalam~

Dakwah its Sunnah ~ ^^

Cahaya Serikandi aka BAYU


Wednesday 7 November 2012

Antara DUA pilihan, mana yang ANDA KELIRU?

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kaifa haluka ya jami'an?? Atamanna fii sehhatin jaiidatin fii mahabbah fillah insya Allah.. :) Ha, cer teke cer teke..tajuk artikel pada kali ini mengenai apa? Apa? Mengenai CINTA? Khoto'(salah) Khoto'(salah).... Aik, asal asyik sebut artikel ana je, CINTA. Artikel ana je, CINTA.. huhu, yg sebenarnya tajuk artikel untuk hari ini adalah mengenai PERBEZAAN ANTARA SYAK WASANGKA DENGAN FITNAH.

Pernahkah antum dan antunna syak wasangka pada sesuatu perkara? Semestinya ada, bukan? Ana sendiri pun tidak pernah lari dari bersu'ul zhon walaupun ana tahu perkara itu amat ditegah oleh ISLAM. Kita sebagai hamba yang daif sering melakukan kesalahan tanpa henti.Kerana apa? kerana kita manusia yang lemah iman di jiwanya. Dosa setiap hari menjelma tidak kira masa..hanya ada satu cara untuk merawatnya..ITULAH TAUBAT NASUHA.

::Secara logiknya, ada bukti didalam al-quran Allah sudah berfirman,


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” [surah Al-Hujuraat  : 12]

Selain itu, Rasulullah saw juga ada bersabda,


"Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan” [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

Astaghfirullah!! Mahukah kita memakan daging saudara kita sendiri?? Cuba antum dan antunna membayangkan erti "memakan daging saudara sendiri" ? Apa reaksi yang akan antum dan antunna buat? Mestilah geli bukan? Rasa mual pun ada... Oleh kerana itu, Allah menyuruh kita mengelakkan diri dari sangkaan yang tidak baik, kerana ia bukan saja mendapat 'BONUS' dosa , malah dikira kita amat menggemari 'daging' saudara sendiri.. Renung-renungkanlah...(ok2, freshkan minda c(= sekarang) 

Okey, sekarang ni ana nak tanya pula, apa pula dengan maksud FITNAH ?

Laa ta'rifuu ? Baiklah, ana akan cuba menerangkan apa takrif bagi definisi FITNAH. Fitnah adalah satu khabar berita/angin dibuat-buat yang tersebar secara meleluasa untuk menuduh seseorang. Kiranya jika ada seorang sahabat yang mendengki sahabat yang lain, maka tidak mustahil dia akan melakukan perkara yang mustahil.

Ana beri contoh 1 Kisah,

Ada seorang perempuan ni namanya Elin. Dan tiga orang sahabatnya bernama Dang Wangi, Zuhra dan Mahfuzah.Mereka berempat sudah menjadi kawan baik selama tiga tahun. Tidak ada sesiapa yang mampu memisahkan jarak antara mereka.Ibarat isi dan kuku.

Akan tetapi pada satu hari, sewaktu Elin berjalan-jalan bersama dengan sahabat-sahabatnya, dia membelek sebuah buku di kedai buku. Saat dia ingin mengeluarkan wang 50 ringgit didalam dompetnya, kelihatannya  ianya sudah hilang entah kemana. Mulalah fikirannya kucar kacir dan hampir saja dia memaki hamun kpd "orang" yang telah mencuri wang dia.

Dan ketika keluar dari kedai buku tersebut, kebetulan pula si Mahfuzah ni ingin berkata sesuatu pada Elin, "Lin, aku nak belanja kau dengan sahabat2 lain makan di gerai sana. Nak pergi tak? Tapi duit aku cuma ada 50 ringgit jelah. Hehe, sorang 15 ringgit. Amacam?"

Tiba-tiba, fikiran dan hati Elin mula berasa sedikit "Syak Wasangka" kepada Mahfuzah, kerana pada masa itu jugalah duit 50 ringgit Elin hilang.Hatinya merasa sedikit geram dan berkecamuk dengan pelawaan sahabatnya Mahfuzah itu. Elin segera menolak pelawaan Mahfuzah.

"Kenapa ni Lin? Kalau kau ade masalah, cer citer kat aku. Dah tiga tahun kita kawan.Cer share.Mane tau aku dapat bantu kau." Ujar Mahfuzah.

"Sebenarnya aku nak ckp something kat kau ni. Aku harap kau tak marah le." kata Elin dengan nada x iklas.

"Apanye? Ckp le." kata Mahfuzah.

"Duit aku hilang 50 ringgit mase aku nak beli buku tadi, pastu bile kau ckp kau nak belanja aku makan dengan duit 50 ringgit, aku macam curiga pula." Elin berkata.

"Maksud kau, kau nak kata aku ni curi duit kau lah??!"

"Bukan macam tu, cume aku ada rasa syak wasangka sikit kt kau."

"Kau ni, kau kan tahu aku ni sebilik roomate ngan kau.Kalau aku mahu, nak je aku curi.Tapi, aku sendiri pun dah ada duit biasiswa.Buat pelah aku nak curi duit kau." lalu Mahfuzah meninggalkan Elin keseorangan.

'Aku mesti beritahu semua orang yang dia tu pencuri duit aku!' - Detik hati Elin.

(TAMAT)

Kini, makin berleluasalah fitnah yang agak K.A(kurang ajar) ni. Bukan ape, si Elin ni pun satu, kalau ye pun siasat lah terlebih dahulu.Bukan bertindak secara melulu. Mula2 syak wasangka...Lama2 terus menyebarkan khabar fitnah yang dibuat-buatnya... Dah tu, bertambah lagi dosa.. Hmm...kesian sahabatnya Mahfuzah..menjadi bahan fitnah.. :(

Ha, inilah yang dimaksudkan dengan SYAK WASANGKA DAN FITNAH. Dua perkara ini boleh menjadi "SATU" persamaan walaupun ada perbezaan. Perbezaannya adalah syak wasangka hanya sekadar berfikir tentang sesuatu perkara yg negatif tetapi belum ditafsirkan melalui lisan. Akan tetapi, jika fitnah pula, bukan sekadar lisan saja..Kadang2 melalui pemikiran pun boleh mempengaruhi seseorang untuk mempercayai khabar angin tersebut. 

Oleh itu.. ingatlah, "Benda yang paling tajam didunia ini bukanlah pedang, pisau, pencukur atau sebagainya.Akan tetapi benda yang paling tajam sekali didunia adalah "LIDAH" seseorang. Pedang boleh menghiris jantung dan mati. Tetapi, jika lidah menyakiti hati,akan terguris sampai mati.



Akhir risalah dari seorang hamba yang daif ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri.Jalan ke arah manakah akan kita tuju untuk ke sebuah destinasi? Sudah berapa kali kita sering bersu'ul zhon kepada Allah, tuhan yang Maha Pengasihani? Sedangkan Dialah pemberi rezeki kepada seluruh makhluk-Nya. Patut kita merasa malu untuk menggunakan nikmat-Nya.

Dakwah its Sunnah~ ^^

Cahaya Serikandi aka BAYU



AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~